SELANGOR

              
                                                    

BENDERA NEGERI SELANGOR

Bendera negeri Selangor telah direkabentuk semasa Sultan Selangor yang ke-4, Sultan Abdul Samad (1859-1898).

Logo negeri Selangor dan bintang memberi erti negeri Islam dan lima pegangan utama. Kuning melambangkan warna Diraja. 


VISI

Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera Dan Berkebajikan


MISI

Melestarikan Kehidupan Rakyat Untuk Kesejahteraan Hubungan Dengan Tuhan, Manusia
dan Alam Sekitar


DASAR KUALITI

Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor komited untuk memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan
bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik selaras dengan tuntutan pelanggan


MOTO

Kejujuran Dan Ketekunan


KENYATAAN MISI PERKHIDMATAN PELANGGAN

"Terbaik Daripada Kami"

 PETA

 

 
                     Peta Negeri Selangor




                           Peta Hulu Selangor

SERENDAH

 


Serendah ialah sebuah bandar di Daerah Hulu Selangor, Selangor. Antara sebab serendah mendapat nama adalah kerana keadaan tempatnya yang rendah dan sering mengakibatkan bah atau banjir besar berlaku. Sehubungan itu, sebuah empangan kecil dibina oleh pihak pengusaha lombong bijih timah yang berada di bahagian rendah kawasan ini untuk mengelakkan banjir dari berlaku. Mitos pula menyatakan bahawa ada ketikanya empangan ini akan dikunjungi oleh puteri-puteri kayangan yang akan turun bersiram (mandi) di kawasan Perigi Tujuh ini. Biasanya apabila pelangi kelihatan jatuh di kawasan Perigi Tujuh ini dari kejauhan, dipercayai pada waktu itulah puteri-puteri kayangan ini akan turun bersiram. 

      Mukim Serendah merupakan mukim yang paling maju berbanding mukim lain dan mukim kedua terbesar selepas Hulu Bernam di dalam Daerah Hulu Selangor. Terdapat beberapa kawasan di bawah pentadbiran Mukim Serendah iaitu Serendah, Sungai Buaya, Sungai Choh, Bukit Sentosa, Kg. Koskan dan Bukit Beruntung. Lokasi mukim ini terletak kira-kira 7km dari bandar Rawang dan boleh menggunakan Jalan Persekutuan KL-Ipoh, manakala dari Lebuhraya Utara-Selatan boleh dihubungi melalui persimpangan Rawang (7km) dan Bukit Beruntung (18km). Selain itu, penduduk boleh menggunakan perkhidmatan bas henti-henti Kuala Lumpur-Tanjung Malim yang melalui pekan Serendah. Mulai 21 April 2007, perkhidmatan KTM Komuter yang sebelum itu berakhir di Rawang telah dilanjutkan ke Tanjung Malim melalui stesen keretapi Serendah bagi memudahkan penduduk setempat.


 

AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR

gambar yb sel

 

Nama : YB TUAN HAJI MOHD HASNIZAN BIN HARUN
Parti : PERIKATAN NASIONAL (PN)
Tempat Duduk : G-22
Parlimen : P094
Kawasan : HULU SELANGOR
Negeri : SELANGOR
No. Telefon :   -
No. Faks :   -
E-Mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat Surat-menyurat : NO 4, JALAN INAI 4
  : BANDAR BUKIT BERUNTUNG, 48300 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

(Rujukan Maklumat daripada Portal Rasmi Parlimen)

 

 


 

AHLI DUN BATANG KALI

 

Nama :   -
Parti :   -
Tempat : BATANG KALI
Kawasan : HULU SELANGOR
Negeri : SELANGOR
No. Telefon :   -
No. Faks :   -
E-Mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. -
Alamat Surat-menyurat :   -                                                                                              
  :

 

                               (Rujukan Maklumat daripada website Dewan Negeri Selangor)

 


 

PENGAWAI DAERAH HULU SELANGOR

 

 pegawai daerah

  

Nama : Tuan Mohamad Hanafe Bin Basri
Kawasan : Batang Kali
Negeri : Selangor Darul Ehsan
Jawatan : Pegawai Daerah
Bahagian : Pejabat Pegawai Daerah
No. Telefon : 03-60641026 
E-Mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat surat-menyurat : Pejabat Daerah / Tanah Hulu SelangorJalan  Bukit Kerajaan, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor

                                            (Rujukan daripada laman sesawang www.selangor.gov.my

 


 

 PENGHULU MUKIM SERENDAH

 

 

 

Nama : En. Rusmi bin Minhat
Kawasan : Serendah
Negeri : Selangor Darul Ehsan
Jawatan : Penghulu Mukim Serendah
No. Telefon : 03-60812249 / 013-2175999
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat surat-menyurat : PT 6 , Kampung Dato' Harun
    48200 Serendah, Hulu Selangor.

 

                                                       (Rujukan daripada laman sesawang www.selangor.gov.my) 

 


 

gambar ketua kampung 

 

Nama : En. Bahari Bin Tajuddin
Kawasan : Serendah
Negeri : Selangor Darul Ehsan
Jawatan : Ketua Kampung Dato Harun' (M) - Termasuk Kg Seri Serendah
No. Telefon : 03-60812531 / 013-3337434
Alamat surat-menyurat : No 1, Jalan Mawar, Taman Idaman
    48200 Serendah, Hulu Selangor.

                                                                             

                                                                   (Rujukan daripada laman sesawang www.selangor.gov.my)

 


 

PROFIL KAMPUNG DATO' HARUN (M) 

 

Nama Kampung : Kampung Dato' Harun (M)
Kawasan : Serendah
Negeri : Selangor Darul Ehsan
Moto : "UKHWAH MEMBAWA MUAFAKAT"
Visi : Membentuk Masyarakat Yang Bersaing Maju Untuk Mengukir
    Nama Dalam Mengejar Ekonomi Yang Mantap dan Barkah
Misi : Menuju ke Arah Masyarakat Yang Berwawasan Cemerlang
    Duniawi dan Ukhrawi
Objektif    Mewujudkan Masyarakat Yang Harmoni Dalam Mengejar
    Kehidupan Berkualiti, Aman dan Makmur

 

logo

LOGO KAMPUNG DATO' HARUN

Pembukaan Kampung Dato' Harun (M), Serendah, Selangor Darul Ehsan
adalah pada tahun 1969 dan nama kampung ini juga diambil sempena nama
Menteri Besar Selangor ketika itu iaitu YB Datuk Harun Idris. Rumah
teres sebanyak 50 buah telah pun dimulakan pembinaan pada peringkat
awalnya sehingga ia berkembang pada tahun 1971.

Pada tahun 1985 YB Tan Sri Mohamad Bin Hj Mohamad Taib juga telah
menetap di kampung ini sehingga beliau dilantik menyandang jawatan Menteri Besar Selangor.
Kampung ini maju dan membangun dengan pesatnya seiring dengan kepesatan kemajuan
negeri Selangor. Sekarang kampung ini telah meliputi keluasan sehingga berjumlah
10,170 ekar yang meliputi 17 rangkaian kampung dan taman sekelilingnya.